OpenStreetMap

Muhasabah November

Posted by AkuAnakTimur on 30 November 2013 in Malay (Bahasa Melayu).

Alhamdulillah, dapat juga tambah data dalam kawasan Alor Setar dan tempat-tempat sekeliling.

Setakat ini sudah muat naik beberapa jejak GPS. Kalau ikutkan nak saja muat naik kesemuanya tapi memandangkan pekan Alor Setar ni… boleh tahanlah banyak bangunannya. Memang ada sahaja signal yang kurang baik, terpesong sana-sini. Tak best, tak best. Jadi buat masa ni, cuba himpun banyak-banyak GPX dan baru buat trace (tekap).

Kalau nak ikut hati nak saja minta data sempadan negeri dengan daerah dari JUPEM. Tapi tengok dulu. Brader Kucai dah cuba (terima kasih!), tapi kalau tak berjaya, cuba tengok la pakai jabatan lain. Buat masa ni ikut hati nak sempadan Kedah dan daerah-daerah Kedah dulu, tapi kalau JUPEM baik hati sangat nak bagi semua, oh, terima kasih! Terima kasih! (LOL) “Fingers crossed”.

Nama jalan pun jadi masalah. Kadang-kadang tak ada papan tanda. Kena cabut jadi ‘besi buruk’ agaknya. Ish ish ish…

Jadi nak senang cerita, buat masa ni apa yang termampu, buat carian balikan (reverse lookup). Ingat titik pandang utama (POI), apa lagi, buat carian laman web yang berkaitan dengan POI tadi. Cari alamat penuh. Senang dan selamat (tak payah tiru-tiru peta lain) hehehe. Tapi masih kena letak sumbernya dari mana (tak ada masalah kot, bukannya tiru peta).

Musim monsun datang lagi. Mungkin lepas ni boleh tolong betulkan setakat yang mampu. Lebuhraya PLUS tu melingkar entah apa-apa. Tengoklah. Kalau pelan internet ni tanpa had, hehehe.

Edit 7.05pm: Eh, rekabentuk OSM baru? Tadi masuk macam biasa je?

Discussion

Comment from kucai on 3 December 2013 at 04:31

oit, aku belum mintak lagi le. tak sempat nak menulis/mengarang surat rasmi. Tapi ni alamatnye:

Ketua Pengarah Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Wisma JUPEM, Jalan Semarak, 50578 Kuala Lumpur. Tel: 03-26170800 | Fak : 03-26933618

Sesapa berjaya, bagitahu warga osm supaya kita tak buat permintaan berlapis. Lagi satu, mana tahu kalo kot jupem bagi koordinit aje, tu satu hal jugak (gpsbabel?) nak transfer ke gpx.

semoga berjaya.

Log in to leave a comment